Jumaat, 1 Julai 2011

Reaksi anak-anakku ketika...



Reaksi anak-anak memang tak terduga oleh kita. Inilah reaksi anak-anak 4 Mutiara ketika dapat baju sukan tempoh hari. Riuh betul kelas tu dibuatnya. Semuanya nampak gembira dan ceria. Ada yang sampai bersorak apabila guru kelas memberitahu nak bagi baju sukan.

   Rupa-rupanya baju sukan ini memang telah menjadi idaman mereka semua. Ha, apabila dah dapat baju sukan ni maka banyaklah soalan yang dilontarkan.
     
     "Cikgu Jehan, bila kita sukan ya?" kata penolong ketua darjah, Nureen Solehah bte Hisham yang sememangnya seorang murid yang sangat riuh dan cergas.

     "Cikgu Jehan, nanti waktu PJ boleh lah kita pakai baju ni ek!" kata murid yang agak sihat badannya. Itulah dia Fauzan Haziq yang memang suka PJ budak lelakilah katakan.

     Memang penat juga kadang-kadang nak jawab soalan-soalan anak-anakku ini akan tetapi jawab jugalah...supaya mereka dapat perhatian dengan menjawab soalan-soalan cepu mas daripada mereka ini.

    Alhamdulillah semuanya dapat baju yang memang sepadan dengan badan mereka semua. Pendek kata semua anak-anakku ini berpuas hati dengan corak dan saiz baju sukan mereka.Eem..eem..eemmm seronok juga melihat mereka senyum riang kerana puas hati.

    Okeylah anak-anakku 4 Mutiara, baju sukan tu pakailah waktu subjek PJ nanti. Kalau kita nak tunggu sukan tahunan lambat lagi kerana selalunya  bulan Oktober nanti. Ha, larian 1  Murid 1 Sukan dan 1 Malaysia pada 2 Julai nanti boleh melaram dengan baju sukan baru tu ya!


     Baju sukan dah dapat...bila lagi nak sukan ya...KITA TUNGGU saja nanti...

0 comments:

Catat Ulasan