Sabtu, 6 Ogos 2011

1957 Hati Malaya Part1-12

Jumaat, 5 Ogos 2011

LEFTENAN ADNAN MOVIES- BAHAGIAN 1-12

 
Cikgu berpendapat anak-anak 4 Mutiara tak kenal Leftenan Adnan. Beliau adalah perajurit negara yang ulung jasanya. Kenapa ya?

Ini kerana beliau telah berkorban untuk menghapuskan musuh-musuh negara. Oleh itu untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang perjuangan beliau TONTONlah movie ini okey.

Ceritanya best...SELAMAT MENONTON...

Khamis, 4 Ogos 2011

SEMANGAT KEMERDEKAAN YANG SUCI...


Semangat kemerdekaan Part 1


 
Semangat kemerdekaan Part 2



Semangat kemerdekaan Part 3

Anak-anakku, berilah sedikit masa anda semua untuk menghayati semangat kemerdekaan yang telah dibuktikan oleh negarawan negara kita ini.

Terima kasih pejuang-pejuang tanah airku...

Kisah Negarawan...10 Tahun Sebelum Merdeka



Anak-anakku, hayatilah klip video ini pengalaman negarawan kita tentang mengisahkan rentetan-rentetan menuju kemerdekaan itu.


Untuk mendapatkan kemerdekaan itu tidak kita alami, tapi hayatilah klip video Sejarah kemerdekaan ini dengan semangat CINTAKAN NEGARAKU itu di dalam hatimu anak-anakku...


Perjuanganmu anak-anakku belum berakhir kerana kamulah yang akan mengekalkan kemerdekaan itu...

Promo Astro Upin & Ipin - Berbuka Puasa


Anak-anakku, contohilah upin dan ipin sewaktu berbuka puasa tu...tapi contohi yang baik tau. Tahu tak apakah perbuatan yang baik daripada upin dan ipin yang patut kita contohi? 

Ha, anak-anak cikgu kan pandai. Ya, kita mesti berdoa sewaktu berbuka puasa dan duduk yang sopan. Jangan teladani perbuatan yang buruk iaitu berebut makanan. Ambil hanya makanan yang hendak dimakan dahulu dan ditambah jika masih ingin makan. Makan jangan terlalu kenyang, nanti mengantuk dan malas pulak nak solat maghrib dan terawih nanti...

Perkara yang paling penting sekali ialah makan ala kadar saje okey...

SELAMAT BERPUASA ANAK-ANAKKU!

SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN ....


Sempena menyambut 31 Ogos tak lama lagi, blog ini di latarbelakangkan dengan lagu-lagu patriotik. Semoga dengan mendengar dan menyanyikan lagu-lagu tersebut dapat menanamkan lagi semangat cintakan negara kita Malaysia....

Bagi anak-anakku 4 Mutiara jika anda ada sepatah dua kata untuk dikongsikan bersama perasaan cintakan negara anda,luahkan lah di dalam chat box atau shout box tu....Luahan atau suarakan semangat cintakan negara anda itu.

Negaraku tanah airku yang dicintai, tumpah darahku...kurela berputih tulang daripada berputih mata.... 

Selasa, 2 Ogos 2011

TERIMA KASIH NAIM!

Senyum penuh keikhlasan Naim dan ibunya. Terima kasih Naim dan keluarganya kerana memberikan jamuan pra ramadhan kepada kelas 4 Mutiara. Pada hari jumaat 29 julai sebelum umat islam menyambut ramadhan dapatlah kami semua menikmati jamuan nasi lemak.

Emak Naim menghantar nasi lemak tu tepat dah nak rehat. Alhamdulillah, dapatlah anak-anak 4 Mutiara menikmati rehat dengan makan nasi lemak special ni.

Nasi lemak ni memang idaman 4 Mutiara tau. Maklumlah emm...emm memang sedap dan real nasi lemak. Nasi lemak dibungkus dalam daun pisang lagi tu yang buat nasi lemak ni begitu diidamkan oleh anak-anak ini. moga dimurahkan rezeki dan diberkati ibu bapa Naim !


  
Cikgu Jehan pula dapat 10 bungkus mee siam. Mee siam ni sememangnya kegemaran cikgu. Kenapa 10 bungkus ya, banyak tu? sebabnya cikgu jehan ada ramai anak. Itulah beruntungnya orang ramai anak, murah rezekinya. 




Lihatlah reaksi anak-anak 4 Mutiara ni dapat nasi lemak special percuma. Gembira tak terkata. Apa yang boleh mereka ucapkan kepada Naim dan keluarganya hanyalah " Terima kasih Naim dan Selamat Berpuasa!"





Happy kan wajah mereka. Beruntunglah orang yang murah hatinya dan ikhlas kerana berkongsi rezeki dengan kami...Terimalah  pantun dua kerat daripada kami.


Orang berbudi kita berbahasa,
Orang memberi kita merasa.





APABILA CIKGU IBRAHIM MENGAJAR...

Inilah Cikgu Ibrahim bin Ahmad, guru Matematik kelas 4 Mutiara. Beliau memang telah dianugerahi kaliber sebagai guru Matematik atau Ilmu Hisab yang cemerlang dan hebat. Tengoklah gambar di sebelah ini, begitulah tekun cikgu ini kalau waktu itu adalah waktu beliau. Bertuah sungguh anak-anakku 4 Mutiara ni kerana mendapat guru yang begitu dedikasi. Syabas dan tahniah Cikgu Ibrahim ! 
    
Jikalau cikgu Ibrahim ni masuk ke kelas 4 Mutiara memang riuh sekali kelas ni  memberikan respon setiap soalan-soalan yang diberikan oleh beliau kepada murid-murid kelas ni. Riuhnya tu sampai ke tingkat bawah bilik guru. Kekadang keriuhan ini boleh juga menganggu kelas 4 Berlian tu. Kena belajar hormat jiran sebelah ni...
     
Ni, bulan puasa ganjaran sesiapa yang dapat menjawab soalan-soalan matematik ialah berupa wang tunai. Jika tak bulan puasa, ganjarannya berupa sebungkus nasi lemak. wah, bijak betul cikgu ni nak menarik minat anak-anak muridnya mencintai subjek Matematik! Memang berbaloi-baloi ada guru macam ni kan?...
    
Gambar-gambar ni diambil spontan oleh Cikgu Jehan kerana sengaja nak lihat reaksi anak-anaknya ketika belajar Matematik.






     
Oleh itu harapan cikgu jehan, anak-anak 4 Mutiara belajarlah dengan tekun dan berikan yang terbaik dalam setiap kali belajar Matematik. Anda semua telah mendapat guru matematik yang sangat dedikasi timbalah dan fokuslah 100% ketika belajar.
     
Tak lama lagi ujian PKBS 3 akan dijalankan pada 9 ogos berikan markah yang terbaik untuk diri anda sendiri sebagai ganjaran dan hadiah anda okey! Janji dengan cikgu Jehan....ANDA BOLEH!