Isnin, 24 September 2012

ICT OH ICT!

Tentu anak-anak cikgu dah tahu kan tentang ict....di sini cikgu memuat turun cara membina animasi menggunakan hanya di hujung jari anak-anak murid cikgu...cubalah mana tahu boleh menambahkan duit poket di tambah lagi dengan ilmu...betul tak?

Cikgu hanya ingin anak-anak cikgu memanfaatkan masa sepuluh minit untuk menonton video di atas...kemudian cubalah ok?
Cuba jangan tak cuba tau....Sayang semua...

Jumaat, 7 September 2012

Nur Zara Syafiyyah Jamaluddin Di You Tube


You tube, siapa yang tak tau? Tentu anak-anak cikgu 5 Mutiara tentu dah mahir dan pernah pun melayari medan tersebut, Pernah tak anak-anak cikgu lihat video di atas? Tentu tak pernahkan. Kenal tak nama sicilik tu? Ha! Si cilik tu ialah anak perempuan cikgu yang paling kecil sekali iaitu anak yang ke sembilan. Zara walaupun baru berumur 3 tahun tapi cukup teruja melihat wajahnya terbit di You Tube...

Cikgu, sengaja merakamkan reaksi Zara kerana seronok melihat kelincahannya dan ingin berkongsi dengan anak-anak cikgu sekalian. Anak-anak juga boleh mengupload rakaman anak- anak di You Tube tapi mestilah yang mendatangkan faedah kepada semua. Janganlah memberikan sesuatu bahan yang tak mendatangkan keuntungan.

Oleh itu belajar yang baru itu adalah sangat baik tetapi biarlah pembelajaran teknologi itu juga membawa kesan yang baik kepada penerimanya.

10 Tahun Sebelum Merdeka (4 of 4)



Salam 1Malaysia buat anak-anak cikgu 5 Mutiara sekalian. Kita semua telah pun menyambut Kemerdekaan yang ke 55 pada hari Jumaat 31 Ogos 2012. Daerah Kluang juga telah menjadi tuan rumah untuk sambutan kali ini di peringkat negeri Johor.Cikgu sedia maklum tentu ramai anak-anak cikgu yang telah pun bersama rakyat negeri Johor meraikan hari yang bertuah tersebut.Cikgu dan keluarga tidak dapat turut serta dalam kemeriahan sambutan itu kerana kami ke Putrajaya dan Kuala Lumpur serta Port Dickson kerana masih lagi dalam mood berhari raya.
Dalam kita berseronok menyambut kemerdekaan itu, cikgu mahu anak-anak cikgu sekalian menonton dan menghayati video empat episod 10 tahun sebelum kita menikmati kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 tersebut. Video ini dapatlah kita lihat kegigihan semangat, pengorbanan tenaga dan kesatuan hati rakyat kita yang terdiri daripada pelbagai kaum untuk Kemerdekaan.
Diharapkan, pengorbanan dan keharmonian rakyat Malaysia terus ditanam dalam hati kita supaya keamanan terus dinikmati dan Kemerdekaan itu terus benar-benar dipelihara dan dipulihara oleh generasi kini.
Janji pemimpin-pemimpin negara kita telah pun ditepati kini janji generasi muda dalam menjaga Kemerdekaan itu perlu dilunaskan.
NEGARA KITA HARTA KITA MAKA BERKORBANLAH UNTUK NEGARAKU YANG KUCINTAI.

MAKANAN UNTUK TUMBESARAN ANAK-ANAKKU....



Anak-anak merupakan amanah Allah yang perlu dijaga dan dibelai dengan sepenuh kasih sayang. Pemakanan adalah satu faktor yang amat penting untuk mengukuhkan kesihatan,menampung pembesaran dan memenuhi keperluan keperluan untuk melakukan aktiviti fizikal.

Kanak-kanak perlu makanan untuk membesar dan menjalani proses pembesaran yang sihat.Faktor yang menyumbang kepada berlaku kekurangan berat badan dikalangan kanakkanakkurang berat badan diantaranya ialah kurang pengambilan tenaga (kalori) dan sumberprotein. Selain daripada itu, masalah jangkitan cacing, jangkitan penyakit dan masalah kongenitaljuga merupakan masalah kekurangan berat badan.

Kesan akibat kekurangan berat badan terhadap kesihatan kanak-kanak
Para ibu dan bapa jangan memandang ringan terhadap berat badan kanak-kanak.Perkataan ’tak apa nanti besar berat badan akan naik” perlu dikikis. Tidak dinafikan pemberianmakanan di usia satu hingga enam tahun adalah sesuatu yang amat mencabar. Namun perlu diingat, pemberian makanan yang berkhasiat amat diperlukan oleh kanak-kanak di usia begini untuk memenuhi keperluan tenaga dan nutrien yang semakin meningkat bagi mencapai tumbesaran dan perkembangan yang sempurna.

Antara kesan akibat kekurangan berat badan terhadap kesihatan ialah:
• • Menjejaskan kecerdasan otak
• • Mengganggu pertumbuhan fizikal
• • Mengganggu perkembangan kanak-kanak
• • Mudah dijangkiti penyakit

Panduan Memberi Makanan Kepada Kanak-Kanak Kurang Berat Badan.
• • Adalah digalakkan ibu menyusukan anak-anak dengan susu ibu selama enam bulan secara eksklusif dan teruskan sehingga berumur dua tahun.
• • Elakkan daripada memberi makanan dan minuman yang rendah kandungan tenaga seperti air kosong, teh, kopi dan sup kosong.
• • Pastikan anak-anak diberi makan sekurang-kurangnya 5-6 kali sehari.• Tambahkan sedikit minyak, marjerin atau menggunakan santan dalam masakan contoh semasa menumis bawang, atau memasukkan santan semasa membuat bubur nasi.
• • Pelbagaikan jenis makanan mengikut panduan Piramid Makanan Malaysia.

Ubah Suai Makanan Untuk Kanak-Kanak Kurang Berat Badan
Kanak-kanak yang kurang berat badan perlu makan makanan yang tinggi kalori (tenaga) untuk meningkatkan berat badan ketahap berat badan normal mengikut umur. Terdapat pelbagai cara yang boleh dilakukan oleh ibu semasa menyediakan makanan anak-anak. Antaranya:

Menangani Anak yang Tidak Selera Makan
Masalah ini kerap berlaku dikalangan kanak-kanak yang berusia satu hingga enam tahun.
Banyak faktor yang menyumbang kepada masalah ini, antaranya:
• • Terlalu banyak bermain
• • Tiada kawan
• • Masalah kesihatan
• • Masalah gigi rosak
• • Jenis makanan dan cara masakan yang sama.

Ibu dan bapa perlu memainkan peranan untuk menggalakkan anak-anak makan. Antaranya:
• • Galakkan anak makan bersama-sama ahli keluarga.
• • Makan bersama-sama rakan sebaya.
• • Hidangkan makanan beraneka warna dan bentuk yang menarik.
• • Elakkan dari memarahi anak semasa makan.

Tanggungjawab ibu bapa amat berat. Namun ibu bapa jangan mudah putus asa untuk melayani kerenah anak-anak. Ini kerana anak yang sihat merupakan tonggak utama masa depan negara. Semoga anda dapat menjadi ibu bapa yang berjaya. Insyaallah.


Sambutan 31 Ogos Peringkat Sekolah










Detik-detik Kemerdekaan


Buat pengetahuan anak-anak cikgu, video di atas adalah gambaran sebenar atas kegembiraan menjelang kemerdekaan. Semangat cintakan tanah air amat dirasai oleh semua penduduk  Tanah  Melayu ketika itu.Di harapkan semoga semangat tersebut terus tertanam dalam benak fikiran dan hati nurani kita sebagai rakyat Malaysia.
Cikgu berharap sangat agar anak-anak cikgu dapat menonton video singkat ini walaupun video ini tidaklah menarik seperti video Penyanyi Korea Gangnam Style yang menjadi tarikan remaja kini. 
Walaupun video ini tidak menarik tetapi mengandungi banyak kesan sejarah negara kita sehinggalah dinikmati kemanis KEMERDEKAAN sehingga kini. Cikgu juga berharap sangat semoga kita sama-sama dapat menghayati kesan Kemerdekaan kepada kita yang telah 55 tahun 
kita menikmati nya. Merdeka itu bukan hanya pada perkataan bahkan hendaklah disemat di dalam minda dan hati serta tingkah laku kita.