Rabu, 20 Julai 2011

PAGI YANG SUNGGUH MENYERONOKKAN

Tepat pukul 7.15 pagi hari khamis, cikgu jehan seperti biasa masuklah ke kelas 4 mutiara. Hari ini nak pujilah anak-anak 4 Mutiara sangat rajin. Masuk aje kelas tu, amboi, meja-meja tersusun dan lantai kelas bersih sangat.

     Tahniah, anak-anakku 4 Mutiara! Anda semua peka dan ambil perhatian perkara yang cikgu tegur semalam. Anda semua sememangnya anak-anak yang baik dan prihatin.

     Oleh itu, bersemangatlah cikgunya nak mengajar tak seperti biasa. Marah yang semalam pun boleh hilang. Marah cikgu Jehan tak sampai ke mana rupanya. Sejuk hati tgk. anak-anak ini pandai ambil hati cikgunya.

    Hari ini cikgu mengajar karangan mcm. tercapai objektifnya. Harapan cikgu agar semua murid dapat buat karangan itu ok. Cikgu akan melihat esok dah siap tak karangan itu, "langkah-langkah menjaga kesihatan diri". Boleh siap ok!

     Hanya ada beberapa orang murid kelas tu yg. dipindahkan tempat duduk mereka. Mereka tu ialah Adib Zulkamal, Adrizal dipindahkan ke depan manakala Fauzan dan Hamieza di pindah duduk di belakang bersama murid-murid yg perlu bimbingan. Cikgu harap Fauzan boleh menunjuk ajar Farhan dan Hamieza membantu Roshamizie ya!

     Kepada Anisa, Farhan, Adrizal dan Adib Z. berusahalah mengubah sikap anda ya!.. Semua  orang boleh mengubah sikap menjadi terbaik dan cemerlang, tapi perlu sedar dengan teguran ya. 

     Cikgu tak akan berhenti untuk membimbing dan menasihati anak-anak 4 Mutiara kerana anda dihati cikgu....

PENGHANTARAN BUKU-BUKU LATIHAN UNTUK DISEMAK...

Pada hari Isnin, 18 Julai semua buku-buku latihan murid-murid tahun 4 Mutiara telah dikumpulkan. Buku-buku yang dikumpulkan tersebut ialah BM Tatabahasa 1 dan 2, Penulisan, Bijak Peribahasa dan Pemahaman. 

     Buku-buku latihan ini dikumpulkan kerana untuk disemak oleh GPK Kokurikulum, Puan Hayati Amin. Ini kerana sudah 6 bulan berlalu murid bersekolah dan ibu bapa berhak untuk mengetahui perkembangan anak-anak mereka di sekolah hasil daripada buku-buku latihan tersebut.

     Cikgu Jehan dah macam hilang sabar juga kerana ketika nak mengumpulkan buku-buku latihan tu ada yang tak bawa dan kerja sekolah yang tak siap dan dihantar kepada cikgu. Tapi kali ini cikgu tak beri muka kepada anak-anak 4 Mutiara tu. Semua buku-buku latihan tu dikumpulkan dan dihantar untuk semakan GPK tu. Ha...kantoilah yang tak hantar kerja sekolah mereka. Sekarang cikgu dah berubah menjadi kuku besi kepada mereka ni.

     Alhamdulillah, buku-buku latihan tu dah pun dapat semula dan diberikan kepada anak-anak 4 Mutiara ni. Sekarang mereka perlu memberikan buku-buku latihan ni kepada ibu bapa mereka untuk ditandatangani. Anak-anakku 4 Mutiara jangan lupa ok!


     ANAK-ANAKKU 4 MUTIARA! UBAHLAH SIKAP KAMU SUPAYA MENJADI MURID YG LEBIH AMANAH DAN BERTANGGUNGJAWAB SEBAGAI ANAK YA!
Terima kasih jika hendak berubah....

Selasa, 19 Julai 2011

Semuanya berjalan seperti biasa selepas SUKANTARA

Tak lama lagi bulan ogos, umat islam akan menghadapi bulan yang sangat-sangat ditunggu iaitu bulan ramadhan. Oleh itu, kami dah macam terasa sangat bulan tersebut.

     Hari ini kelas berjalan seperti biasa. Kami telah menjalani latihan sukan dan sukantara dengan jayanya. Sukan tahunan pula dianggarkan pada bulan september nanti. Oleh itu, sekarang murid-murid terpaksa belajar untuk menghadapi PKBS 3 tidak lama lagi iaitu pada bulan ogos nanti.

     Anak-anakku 4 mutiara, janganlah membazirkan masa kamu semua dengan membuat bising dan buang masa di kelas. Tumpukan sepenuh perhatian ketika di kelas. Bising dan suka bercakap masih lagi kamu tidak dapat larikan dalam diri kamu. Cikgu Jehan berharap sangat kamu dapat memberikan kerjasama dengan semua guru kamu. 

     Ingatlah, ibu bapa dan guru-guru kamu mengharapkan yang terbaik daripada kamu. Ini kerana kamu adalah murid-murid tahun 4 yang terbaik di STM 1. 

     Usaha tangga kejayaan.....berusahalah untuk kecemerlangan itu. Anda bolehhhh....


Selasa, 12 Julai 2011

Selamat Hari Ulang tahun ke 10...Julai

 

     ' Selamat Hari jadi, selamat hari jadi, selamat hari jadi untuk Fauzan, Adib dan Farhan. Selamat hari jadi!" Sekali lagi kedengaran nyanyian lagu selamat hari jadi di kelas 4 Mutiara.

   Bulan Julai ini ramai juga anak-anak Cikgu Jehan menyambut ulang tahun termasuklah anak cikgu Jehan yang bernama Zara pada 8 Julai dan Ikram  19 Julai  nanti. Nasib baiklah anak-anak Cikgu Jehan ni baik tak pandai nak minta hadiah. Kalau tidak kopak juga Cikgu Jehan ya!

Adib Zulkamal, Fauzan Haziq dan Farhan inilah birthday boy
     
     Inilah dia tiga anak bujang Cikgu Jehan yang menyambut hari lahir. Adib pada 13 Julai, Fauzan Haziq pada 11 Julai dan Farhan pula pada 17 Julai. Mula-mula ada juga yang tak mengaku umurnya dah sampai 10 tahun tapi kantoi sebab Cikgu Jehan semak hari lahir mereka di buku kedatangan murid. Kantoi kan!

     Dikesempatan ini cikgu ucapkan selamat hari lahir dan doa cikgu Jehan kalian berjaya di dunia dan akhirat dengan menjadi anak-anak yang soleh...amin.

     SELAMAT HARI LAHIR Fauzan, Adib dan Farhan...

Jumaat, 8 Julai 2011

Selamat Hari Ulang tahun ke 10

 

    Selamat Hari jadi kepada dua orang anak-anak Cikgu Jehan.  Lagu hari jadi daripada nyanyian Upin dan Ipin serta kawan-kawannya ini Cikgu Jehan tujukan khas buat Amirul Haziq Hamdan yang lahir pada 7 Julai dan Maryam Afifah pada 8 Julai. Oleh itu genaplah usia mereka berdua ini 10 tahun.
Ini dia birthday girl dan birthday boy

                    

Rakan-rakan menyanyikan lagu selamat hari lahir
     Sempat jugalah kawan-kawan sekelas menyanyikan lagu selamat hari jadi kepada mereka berdua. Tersenyum malulah 'birthday boy' dan 'birthday girl'  kerana tak sangkakan. Maryam sempat juga bawa buah tangan kepada kawan-kawan sekelasnya. Terima kasih Maryam! Pagi tadi tamat nyanyian lagu tersebut, Maryam pun membahagi-bahagikan buah tangan hari lahirnya kepada kawan-kawan. 

Maryam memberi buah tangan kepada rakan-rakannya
   Cikgu Jehan mendoakan Amirul Haziq dan Maryam Afifah menjadi anak yang soleh dan solehah serta berjaya dengan cemerlang di dunia dan akhirat...amin...
 

Larian 1 MURID 1SUKAN 1 MALAYSIA....Ceria dan Sihat

Murid-murid Tahun 4 Mutiara ceria sebelum berlari
     Bertepatan pada hari Sabtu 2 Julai 2011, murid-murid SK Tunku Mahmood 1, Kluang telah berjaya menjayakan larian 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia. Mereka semua berkumpul di dataran kejat sebelum memulakan larian.

     Murid-murid kelas Tahun 4 Mutiara boleh dikatakan hampir semua pelajarnya hadir pada hari tersebut. Nampaknya bersemangat betul anak-anak Cikgu Jehan menyokong saranan KPMalaysia tu. Dapatlah mereka   mengayakan baju sukan yang baru dapat tu.  Siap ada nombor di dada mereka.

     Murid-murid kelas Tahun 4 Mutiara ni bukan sahaja pandai dalam kurikulum tapi aktif dalam kokurikulum. Ada ramai 'star' sukan dalam kelas ini. Diharap mereka terus aktif ya! Ada bakal ratu boling dan ratu padang balapan dan raja balapan. Tahniah teruskan kegigihan anda!

Sabar menunggu dengan ceria untuk berlari

Murid-murid berkumpul di dataran kejat sebelum berlari

     Murid-murid tahun 4 ini berlari selepas murid tahun 6 dan tahun 5. Boleh dikatakan agak jauh juga murid-murid ini berlari sampai ada yang tercungap-cungap di tengah larian mereka.  Ada yang berlari bersungguh-sungguh  macam pelari negara lagaknya.

Larian ala pelari kebangsaan


Aniq dan Irfan boleh senyum walaupun penat

      Syabas, anak-anak 4 Mutiara! Ini kerana semangat kental mereka menamatkan larian ini dengan jayanya. Tahniah, Azri Shariff dan Adib Syahmi Suhaimi kerana berjaya meraih tempat pertama dan kedua. Teruskan kejayaan anda itu.


Juara dan naib juara bagi Tahun 4

     Acara ini tamat tepat pukul 9.00 pagi. Murid-murid dan guru-guru dapatlah bersarapan selepas acara itu tamat. Maju sukan untuk negara...

Jumaat, 1 Julai 2011

Reaksi anak-anakku ketika...



Reaksi anak-anak memang tak terduga oleh kita. Inilah reaksi anak-anak 4 Mutiara ketika dapat baju sukan tempoh hari. Riuh betul kelas tu dibuatnya. Semuanya nampak gembira dan ceria. Ada yang sampai bersorak apabila guru kelas memberitahu nak bagi baju sukan.

   Rupa-rupanya baju sukan ini memang telah menjadi idaman mereka semua. Ha, apabila dah dapat baju sukan ni maka banyaklah soalan yang dilontarkan.
     
     "Cikgu Jehan, bila kita sukan ya?" kata penolong ketua darjah, Nureen Solehah bte Hisham yang sememangnya seorang murid yang sangat riuh dan cergas.

     "Cikgu Jehan, nanti waktu PJ boleh lah kita pakai baju ni ek!" kata murid yang agak sihat badannya. Itulah dia Fauzan Haziq yang memang suka PJ budak lelakilah katakan.

     Memang penat juga kadang-kadang nak jawab soalan-soalan anak-anakku ini akan tetapi jawab jugalah...supaya mereka dapat perhatian dengan menjawab soalan-soalan cepu mas daripada mereka ini.

    Alhamdulillah semuanya dapat baju yang memang sepadan dengan badan mereka semua. Pendek kata semua anak-anakku ini berpuas hati dengan corak dan saiz baju sukan mereka.Eem..eem..eemmm seronok juga melihat mereka senyum riang kerana puas hati.

    Okeylah anak-anakku 4 Mutiara, baju sukan tu pakailah waktu subjek PJ nanti. Kalau kita nak tunggu sukan tahunan lambat lagi kerana selalunya  bulan Oktober nanti. Ha, larian 1  Murid 1 Sukan dan 1 Malaysia pada 2 Julai nanti boleh melaram dengan baju sukan baru tu ya!


     Baju sukan dah dapat...bila lagi nak sukan ya...KITA TUNGGU saja nanti...