Khamis, 30 Jun 2011

Inilah kisah 4 Mutiaraku...anak-anakku

Cikgu Jehan senyum ceria dapat hadiah
Puan Hjh. Noor Jehan bte Mustapa yang berusia 45 tahun ialah guru kelas untuk anak-anak 4 Mutiara bagi tahun 2011. Aku ini orangnya agak tegas tapi kadang-kadang  cuba memahami juga tingkah laku dan gelagat anak-anak 4 Mutiara ini.  Aku telah mengajar selama 23 tahun terutama dalam subjek Bahasa Malaysia. Aku telah mengajar di Sekolah Kebangsaan Tunku Mahmood 1, Kluang ini hampir dua tahun.


Anak-anak 4 Mutiara dan Cikgu Jehan beria-ria nak nyanyi tau.
     Nah, gambar atas ialah gambar anak-anak didikku 4 Mutiara. Anak-anak ini seramai 42 orang iaitu 17 pelajar lelaki dan 25 pelajar
perempuan. Mereka ni paling suka kalau nak masuk acara lebih-lebih lagi kalau 'part' menyanyi. Aku pun seronok juga menyanyi kerana kalau menyanyi bersama anak-anak ni rasalah muda dan ceria maka hilanglah stres kononnya....
     
      Sempena sambutan Hari Guru yang lalu, mereka ini telah berjaya mempersembahkan lagu kegemaran pada hari tersebut iaitu"Terima kasih Cikgu!" Kumpulan koir 4 Mutiara ini memang best tau. Inilah lagu tersebut...



     
     Anak-anakku 4 Mutiara, harapan gurumu ini kamu semua rajin-rajinlah belajar dan fokus 100 % di dalam bilik darjah. Bekerjasama dengan guru-gurumu supaya kamu selesa dan nyaman ketika belajar. Jadikanlah guru-gurumu seperti ibu bapa, kawan dan sahabat yang setia tetapi jaga tingkah lakumu okey. 


     Terima kasih anak-anak didikku dan selamat belajar untuk menjadi pelajar yang berwawasan...