Jumaat, 27 Januari 2012

SENYUMLAH SELALU ANAK-ANAKKU...


1. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Janganlah kamu meremehkan kebaikan apa pun, walaupun sekadar bertemu saudaramu dengan wajah yang manis (wajah ceria dan senyuman).” – Hadis Riwayat Muslim.

2. Senyum merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman yang dapat merangsang seluruh tubuh melaui 3. sistem saraf otak dan juga hormon-hormon. Apabila kita tersenyum, badan turut ‘tersenyum’ dan memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak. Ini sangat bermanfaat dalam mengelakkan tekanan darah yang tinggi ke otak.

3. Apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

4. Senyuman bukan hanya sekadar reaksi terhadap sesuatu, malah ia juga terlibat dalam penghasilan endorphin yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu merasa lebih selesa dengan diri sendiri.

5. Ketawa (berperasaan gembira) sebanyak 100 kali dalam tempoh 24 jam mempunyai manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam selama 10 minit. Hal ini demikian kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar degupan jantung meningkat. Seterusnya, kedua-dua kadar ini akan turun lebih rendah daripada paras sebelum ketawa.

6. “Tawa Rasulullah SAW hanyalah senyuman.” – Riwayat Tirmidzi.

7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis ‘stress’ iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.

8. Apabila kita senyum, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-interferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi untuk melawan penyakit).

9. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan.

10. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan bahan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, arthritis dan ulser.

11. Senyuman dan ketawa adalah senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ia ibarat urutan terhadap organ-organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan daya tumpuan belajar. Ia juga melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi, membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

12. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan.

13. Senyum mampu menjadi penawar kepada penyakit rohani yang kronik. Ia juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah dan memulakan sebuah ukhuwwah.

14. Dalam ajaran Islam, senyum mempunyai kedudukan yang setaraf dengan bersedekah. Sabda Rasulullah SAW: “Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramar makruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya juga sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat juga sedekah.” (HR Tirmizi dan Abu Dzar).

MAKANAN UNTUK TAMBAH BERAT BADAN ANAK-ANAKKU....



Anak-anak merupakan amanah Allah yang perlu dijaga dan dibelai dengan sepenuh kasih sayang. Pemakanan adalah satu faktor yang amat penting untuk mengukuhkan kesihatan,menampung pembesaran dan memenuhi keperluan keperluan untuk melakukan aktiviti fizikal.

Kanak-kanak perlu makanan untuk membesar dan menjalani proses pembesaran yang sihat.Faktor yang menyumbang kepada berlaku kekurangan berat badan dikalangan kanakkanakkurang berat badan diantaranya ialah kurang pengambilan tenaga (kalori) dan sumberprotein. Selain daripada itu, masalah jangkitan cacing, jangkitan penyakit dan masalah kongenitaljuga merupakan masalah kekurangan berat badan.

Kesan akibat kekurangan berat badan terhadap kesihatan kanak-kanak
Para ibu dan bapa jangan memandang ringan terhadap berat badan kanak-kanak.Perkataan ’tak apa nanti besar berat badan akan naik” perlu dikikis. Tidak dinafikan pemberianmakanan di usia satu hingga enam tahun adalah sesuatu yang amat mencabar. Namun perlu diingat, pemberian makanan yang berkhasiat amat diperlukan oleh kanak-kanak di usia begini untuk memenuhi keperluan tenaga dan nutrien yang semakin meningkat bagi mencapai tumbesaran dan perkembangan yang sempurna.

Antara kesan akibat kekurangan berat badan terhadap kesihatan ialah:
• • Menjejaskan kecerdasan otak
• • Mengganggu pertumbuhan fizikal
• • Mengganggu perkembangan kanak-kanak
• • Mudah dijangkiti penyakit

Panduan Memberi Makanan Kepada Kanak-Kanak Kurang Berat Badan.
• • Adalah digalakkan ibu menyusukan anak-anak dengan susu ibu selama enam bulan secara eksklusif dan teruskan sehingga berumur dua tahun.
• • Elakkan daripada memberi makanan dan minuman yang rendah kandungan tenaga seperti air kosong, teh, kopi dan sup kosong.
• • Pastikan anak-anak diberi makan sekurang-kurangnya 5-6 kali sehari.• Tambahkan sedikit minyak, marjerin atau menggunakan santan dalam masakan contoh semasa menumis bawang, atau memasukkan santan semasa membuat bubur nasi.
• • Pelbagaikan jenis makanan mengikut panduan Piramid Makanan Malaysia.

Ubah Suai Makanan Untuk Kanak-Kanak Kurang Berat Badan
Kanak-kanak yang kurang berat badan perlu makan makanan yang tinggi kalori (tenaga) untuk meningkatkan berat badan ketahap berat badan normal mengikut umur. Terdapat pelbagai cara yang boleh dilakukan oleh ibu semasa menyediakan makanan anak-anak. Antaranya:

Menangani Anak yang Tidak Selera Makan
Masalah ini kerap berlaku dikalangan kanak-kanak yang berusia satu hingga enam tahun.
Banyak faktor yang menyumbang kepada masalah ini, antaranya:
• • Terlalu banyak bermain
• • Tiada kawan
• • Masalah kesihatan
• • Masalah gigi rosak
• • Jenis makanan dan cara masakan yang sama.

Ibu dan bapa perlu memainkan peranan untuk menggalakkan anak-anak makan. Antaranya:
• • Galakkan anak makan bersama-sama ahli keluarga.
• • Makan bersama-sama rakan sebaya.
• • Hidangkan makanan beraneka warna dan bentuk yang menarik.
• • Elakkan dari memarahi anak semasa makan.

Tanggungjawab ibu bapa amat berat. Namun ibu bapa jangan mudah putus asa untuk melayani kerenah anak-anak. Ini kerana anak yang sihat merupakan tonggak utama masa depan negara. Semoga anda dapat menjadi ibu bapa yang berjaya. Insyaallah.

ANDA PENGGUMPUL SETEM....

SETEM KELUARAN POS MALAYSIA ( KOD KELUARAN KHAS )
Bermula 12.01.2012

Kandungan helaian: 5 setem / 20 setem [siri RM.0.60]
Kertas: Tera Air SPM, Bersalut Fosfor
Proses Cetakan: Offset
Pencetak: Percetakan Keselamatan Nasional
Perekabentuk Setem: Peter Chuah / Orient Communications

Kepada anak-anakku yang hobinya mengumpul setem, jangan lupa kunjungi Pejabat Pos Kluang untuk mendapatkan setem keluaran khas ini.

MASJID-MASJID TERAGUNG DI DUNIA....

Masjid Yang Unik

Masjid Agung Djenné, Afrika Barat diperbuat daripada tanah lumpur yang dikeringkan dan dibina pada abada ke -13.

Masjid Agung dari Xi’an, China merupakan salah satu masjid tertua dan terkenal di negara China dan mula didirikan sejak 1250 tahun yang lalu.

Masjid Agung Samarra, Iraq yang terletak di kota samarra, Iraq dan dibangunkan pada abad ke 9 oleh khalif Bani Abbasiyah, Al-Mutawakkil.

Masjid Jami-Ul-Alfar, Colombo, Sri Lanka
Masjid popular kota colombo, Sri Lanka dibangunkan pada 1909 dan mempunyai bentuk yang unik. Masjid ini mempunyai seni bina yang agak sama dengan Masjid Jamek,Kuala Lumpur,Malaysia.

Masjid Dublin, Ireland yang pada waktu sekarang menjadi pusat bagi Islamic Foundation of Ireland bermula pada tahun1970 apabila mahasiswa muslim di Dublin ingin mempunyai masjid sendiri.
“Mahligai Minang” Masjid Raya Minangkabau akan menjadi landmark buat masyarakat Minang.

Masjid Assyafaah, Singapura dibina dicelah-celah bangunan di Singapura ini mempunyai rekaan moden dan menjadi tempat Majlis Ulama Islam Singapura (MUI

Ketahuilah annak-anakku~Komponen darah dan kegunaannya....


Sel Darah Merah
untuk merawat penyakit :
Thalasemia, Leukaemia dan kanser , Buah pinggang , kehilangan darah semasa pembedahan dan pemindahan darah , Kes tumpah darah semasa bersalin

Plasma
untuk merawat :
Mangsa melecur akibat kebakaran , Kes demam denggi berdarah , Kes pendarahan teruk (DIVC) , Kes kegagalan hepa (Liver failer)

Platelet
untuk merawat :
Kes demam denggi dan demam denggi berdarah , Leukaemia dan kanser , Kes pendarahan teruk (DIVC)

Cryoprecipitate
untuk merawat :
Kes pendarahan teruk (DIVC)

Cryosupernatant
untuk merawat :
Kes kegagalan hepa (Liver failer) , Kekurangan vitamin K ( vitamin K deficiency )

Sumber : PDN

ANAK-ANAKKU...DARAH APAKAH ANDA DAN ANDA BOLEH TERIMA DARAH JENIS APA?

JIKA ANDA DARAH AB+
boleh menerima
AB+ , AB- , A+ , A- , B+ , B- , O+ , O-

JIKA ANDA DARAH AB-
boleh menerima
A- , B- , O-

JIKA ANDA DARAH A+
boleh menerima
A+ , A- , O+ , O-

JIKA ANDA DARAH A-
boleh menerima
A- , O-

JIKA ANDA DARAH B+
boleh menerima
B+ , B- , O+ , O-

JIKA ANDA DARAH B-
boleh menerima
B- , O-

JIKA ANDA DARAH O+
boleh menerima
O+ , O-

JIKA ANDA DARAH O-
boleh menerima
O

CUBA TELITI DAN KETAHUILAH ANAK-ANAKKU.....

Lukisan Gabungan Dua Imej

Lukisan gabungan 2 imej? Sekali imbas, lukisan ini adalah seorang lelaki sedang melukis di halaman belakang rumah, namun jika diteliti secara dekat, ia adalah wajah seseorang sedang tersenyum.

Lukisan minyak itu dihasilkan seorang artis berbakat kelahiran Ukraine, Oleg Shuplyak, 45.

Shuplyak bijak untuk melukis dan menonjolkan imej tersembunyi dalam lukisannya dengan menggunakan teknik penggabungan lakaran objek, karakter, warna dan bayang-bayang.

Minatnya dalam dunia lukisan turut menyebabkan Shuplyak menggunakan kaedah ketepatan untuk menghasilkan ilusi optik yang menarik.

Hasil lukisan itu juga sama dengan lukisan terkenal artis Mexico, Octavio Ocampo, yang cukup terkenal dengan penggabungan objek lukisan di samping menghasilkan imej lebih besar di luar latar belakangnya.

Sebenarnya, jika diteliti Shuplyak menghasilkan imej kedua yang lebih mudah untuk dikenal pasti.

Apakah imej kedia yang anak-anakku telah kenal pasti tersebut?

Sumber : Blogger

RIBUT GEOMAGNET


RIBUT GEOMAGNET

Ribut geomagnet kuat dalam enam tahun diramalkan mencecah medan magnet Bumi pada bila-bila masa hari Selasa (24 Januari), dan dijangka menjejaskan laluan syarikat penerbangan, grid kuasa dan satelit.

Coronal Mass Ejection dari atmosfera Matahari menuju ke arah Bumi pada hari Ahad(22 Januari), membawa partikel solar bertenaga pada kira-kira 5 juta batu sejam(2000 km sesaat), kira-kira lima kali lebih cepat daripada partikel solar biasanya.

Jika terjadi frekuensi tinggi boleh mengganggu komunikasi radio yang digunakan oleh syarikat-syarikat penerbangan berhampiran dengan Kutub Utara dalam penerbangan di antara Amerika Utara, Eropah dan Asia, jadi sesetengah laluan perlu diubah.

Angkasawan di Stesen Angkasa Antarabangsa dinasihatkan untuk melindungi diri mereka di bahagian khusus kapal angkasa untuk menghalang dari dos yang memuncak dari radiasi solar.

Ribut geomagnet kali ini mungkin akan berukuran sederhana atau kuat, tahap dua dan tiga pada skala tahap lima, lima yang paling ekstrim.

BUMI DILANDA RIBUT GEOMAGNET 2012

WASHINGTON, Amerika Syarikat (AS) – Beberapa pegawai cuaca angkasa lepas menyatakan ribut solar paling kuat dalam tempoh lebih enam tahun akan mengenai Bumi dengan pancaran radiasi akan berlaku.Sebelum ini, radiasi ribut solar cuma mengganggu satelit dan mendatangkan masalah kepada angkasawan di angkasa lepas.Namun, ia juga boleh menyebabkan gangguan komunikasi pada pesawat yang berada di udara.

Gambar tersebut yang dirakamkan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan pada 22 Januari lalu menunjukkan nyalaan solar di Hemisfera Utara di matahari.

Ribut geomagnet paling kuat dalam enam tahun dijangka akan melanda bumi pada bila-bila masa.Ia berikutan lentingan jisim korona mendadak dari atmosfera matahari yang menghala ke bumi dikesan sejak 2 hari lalu.

Menurut Pusat Kaji Cuaca angkasa lepas Amerika Syarikat, situasi itu menyebabkan zarah suria bergerak 2 ribu kilometer per-saat, 5 kali ganda berbanding gerakan normal.

Fenomena ini juga menyebabkan perubahan medan megnet bumi secara mendadak.
Jika berlaku, frekuensi tinggi yang dihasilkan mampu mengganggu pancaran radio yang digunakan dalam sistem komunikasi kapal terbang, berhampiran

Kutub Utara dan sekitar Amerika Utara, Eropah serta Asia.

Beberapa syarikat penerbangan dinasihatkan mengubah laluan udaranya.Ribut geomagnet berkenaan dijangka berkekuatan sederhana, tahap dua atau tiga daripada skala 5.

Pusat Ramalan Cuaca Angkasa Lepas di negeri Colorado dalam satu kenyataan mengesahkan ribut solar itu berlaku pada pukul 11 malam (waktu AS) Ahad lalu.

Ahli fizik AS, Doug Biesecker berkata, perkara paling membimbangkan mengenai ribut solar adalah radiasi yang dilepas.

Pancaran itu ,katanya, tiba di Bumi sejam kemudian.Hentaman radiasi itu dijangka berlarutan sehingga hari ini.Menurut Biesecker, tahap radiasi kali ini dianggap kuat tetapi radiasi lebih dahsyat pernah dikeluarkan beberapa ribut solar sebelum ini.Radiasi kali ini adalah yang paling kuat sejak ribut solar pada Mei 2005.Plasma yang keluar dari matahari ekoran ribut solar berkenaan pula tiba di Bumi. Ia dijangka menyebabkan gangguan pada grid elektrik di Bumi.

Khamis, 26 Januari 2012

Kisah Kemurahan hati dan kerendahan budi....teladani

Kisah Kemurahan Hati Imam Hanafi:
Imam Hanafi sangat gemar bersedekah.
Memberi bantuan kepada murid-muridnya atau
memberi pinjaman kepada mereka yang memerlukan.
Pernah seorang lelaki berpapasan dengan imam besar itu,
tetapi lelaki itu memalingkan muka.

Apabila ditanya mengapa, dia menjawab :
"Aku malu kerana aku berhutang dengan tuan."
Jawab imam Hanafi,

"Janganlah seperti itu. Mulai hari ini hutangmu itu aku halalkan".

Beliau juga sangat berhati-hati dalam setiap tindakannya.
Beliau lebih rela basah kehujanan daripada berteduh
di bawah bumbung rumah orang yang berhutang dengannya.
Beliau bimbang dianggap sebagai mengambil kesempatan
daripada pemiutangnya itu.

Solat itu tiang agama

Anak-anakku...

Solat Subuh = 2 rakaat = 4 minit
Solat Zohor = 4 rakaat = 6 minit
Solat Asar = 4 rakaat = 6 minit
Solat Maghrib = 3 rakaat = 5 minit
Solat Isyak = 4 rakaat = 6 minit

   Total masa 'dating' dengan ALLAH hanyalah 27 minit
Total masa ALLAH bagi nikmat oksigen dan sebagainya setiap saat

    Tapi kebanyakan orang sekarang ramai yang cuba untuk mengelakkan diri daripada mengerjakan solat padahal apa salahnya kita luangkan masa selama 27 minit daripada 1440 minit sehari bertemu dengan ALLAH ??


     Padahal ALLAH berikan kita nikmat penglihatan,oksigen dan sebagainya....tak terhitung dan tak terbalas....SubhanALLAH.

Firman Allah dalam surah al'Maa'uun 107:4-5 yang bermaksud:
"...maka kecelakaan besar bagi orang-orang yang solat (Al-Maa'uun 107:4)
(laitu) orang-orang yang lalai terhadap solatnya.

(Al-Maa'uun 107:5)

     Anak-anakku.....muhasabahlah untuk nikmatmu....
Buatlah persiapan awal sebelum mendirikan solat supaya lebih khusyuk
InsyaAllah...

Isnin, 23 Januari 2012

SEMUA DAH MARAH DAN GERAM

Dah memang agak lama cikgu jehan tak coret/ceritakan kisah anak-anaknya 4 mutiara ni. Tapi sekarang anak-anak ni semua dah masuk ke tahun 5 Mutiara 2012. Anak-anak ni setiap hari minta cikgu tulis atau update blog ni. Cikgu berjanji akan update ya. Ramai dah marah dan geram kat cikgu Noor Jehan ni. Ada yang kata dah bersawang cikgu blog kita tu....Hai, banyak juga kerja nak buat ni. Kerja bersihkan sawang dan semak tu.... tu yang nak minta tolong anak-anak ni, maklumlah dah besar panjang semuanya.
     2012 sudah tiga minggu berlalu. Banyak juga yang mereka kena tolong cikgu mereka tu. Ada yang tolong buat jadul bertugas, jadual waktu kelas dan penuhkan sudut-sudut mata pelajaran. 
    Apa pun cikgu ucapkan terimakasih kepada semua. Tahniah dan syabas kerana dah tolong cikgu ni....
    Sayang, sayang dan sayang kat anak-anakku semua....