Isnin, 24 September 2012

ICT OH ICT!

Tentu anak-anak cikgu dah tahu kan tentang ict....di sini cikgu memuat turun cara membina animasi menggunakan hanya di hujung jari anak-anak murid cikgu...cubalah mana tahu boleh menambahkan duit poket di tambah lagi dengan ilmu...betul tak?

Cikgu hanya ingin anak-anak cikgu memanfaatkan masa sepuluh minit untuk menonton video di atas...kemudian cubalah ok?
Cuba jangan tak cuba tau....Sayang semua...

Jumaat, 7 September 2012

Nur Zara Syafiyyah Jamaluddin Di You Tube


You tube, siapa yang tak tau? Tentu anak-anak cikgu 5 Mutiara tentu dah mahir dan pernah pun melayari medan tersebut, Pernah tak anak-anak cikgu lihat video di atas? Tentu tak pernahkan. Kenal tak nama sicilik tu? Ha! Si cilik tu ialah anak perempuan cikgu yang paling kecil sekali iaitu anak yang ke sembilan. Zara walaupun baru berumur 3 tahun tapi cukup teruja melihat wajahnya terbit di You Tube...

Cikgu, sengaja merakamkan reaksi Zara kerana seronok melihat kelincahannya dan ingin berkongsi dengan anak-anak cikgu sekalian. Anak-anak juga boleh mengupload rakaman anak- anak di You Tube tapi mestilah yang mendatangkan faedah kepada semua. Janganlah memberikan sesuatu bahan yang tak mendatangkan keuntungan.

Oleh itu belajar yang baru itu adalah sangat baik tetapi biarlah pembelajaran teknologi itu juga membawa kesan yang baik kepada penerimanya.

10 Tahun Sebelum Merdeka (4 of 4)



Salam 1Malaysia buat anak-anak cikgu 5 Mutiara sekalian. Kita semua telah pun menyambut Kemerdekaan yang ke 55 pada hari Jumaat 31 Ogos 2012. Daerah Kluang juga telah menjadi tuan rumah untuk sambutan kali ini di peringkat negeri Johor.Cikgu sedia maklum tentu ramai anak-anak cikgu yang telah pun bersama rakyat negeri Johor meraikan hari yang bertuah tersebut.Cikgu dan keluarga tidak dapat turut serta dalam kemeriahan sambutan itu kerana kami ke Putrajaya dan Kuala Lumpur serta Port Dickson kerana masih lagi dalam mood berhari raya.
Dalam kita berseronok menyambut kemerdekaan itu, cikgu mahu anak-anak cikgu sekalian menonton dan menghayati video empat episod 10 tahun sebelum kita menikmati kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 tersebut. Video ini dapatlah kita lihat kegigihan semangat, pengorbanan tenaga dan kesatuan hati rakyat kita yang terdiri daripada pelbagai kaum untuk Kemerdekaan.
Diharapkan, pengorbanan dan keharmonian rakyat Malaysia terus ditanam dalam hati kita supaya keamanan terus dinikmati dan Kemerdekaan itu terus benar-benar dipelihara dan dipulihara oleh generasi kini.
Janji pemimpin-pemimpin negara kita telah pun ditepati kini janji generasi muda dalam menjaga Kemerdekaan itu perlu dilunaskan.
NEGARA KITA HARTA KITA MAKA BERKORBANLAH UNTUK NEGARAKU YANG KUCINTAI.