Selasa, 2 Ogos 2011

APABILA CIKGU IBRAHIM MENGAJAR...

Inilah Cikgu Ibrahim bin Ahmad, guru Matematik kelas 4 Mutiara. Beliau memang telah dianugerahi kaliber sebagai guru Matematik atau Ilmu Hisab yang cemerlang dan hebat. Tengoklah gambar di sebelah ini, begitulah tekun cikgu ini kalau waktu itu adalah waktu beliau. Bertuah sungguh anak-anakku 4 Mutiara ni kerana mendapat guru yang begitu dedikasi. Syabas dan tahniah Cikgu Ibrahim ! 
    
Jikalau cikgu Ibrahim ni masuk ke kelas 4 Mutiara memang riuh sekali kelas ni  memberikan respon setiap soalan-soalan yang diberikan oleh beliau kepada murid-murid kelas ni. Riuhnya tu sampai ke tingkat bawah bilik guru. Kekadang keriuhan ini boleh juga menganggu kelas 4 Berlian tu. Kena belajar hormat jiran sebelah ni...
     
Ni, bulan puasa ganjaran sesiapa yang dapat menjawab soalan-soalan matematik ialah berupa wang tunai. Jika tak bulan puasa, ganjarannya berupa sebungkus nasi lemak. wah, bijak betul cikgu ni nak menarik minat anak-anak muridnya mencintai subjek Matematik! Memang berbaloi-baloi ada guru macam ni kan?...
    
Gambar-gambar ni diambil spontan oleh Cikgu Jehan kerana sengaja nak lihat reaksi anak-anaknya ketika belajar Matematik.






     
Oleh itu harapan cikgu jehan, anak-anak 4 Mutiara belajarlah dengan tekun dan berikan yang terbaik dalam setiap kali belajar Matematik. Anda semua telah mendapat guru matematik yang sangat dedikasi timbalah dan fokuslah 100% ketika belajar.
     
Tak lama lagi ujian PKBS 3 akan dijalankan pada 9 ogos berikan markah yang terbaik untuk diri anda sendiri sebagai ganjaran dan hadiah anda okey! Janji dengan cikgu Jehan....ANDA BOLEH!

0 comments:

Catat Ulasan