Selasa, 2 Ogos 2011

TERIMA KASIH NAIM!

Senyum penuh keikhlasan Naim dan ibunya. Terima kasih Naim dan keluarganya kerana memberikan jamuan pra ramadhan kepada kelas 4 Mutiara. Pada hari jumaat 29 julai sebelum umat islam menyambut ramadhan dapatlah kami semua menikmati jamuan nasi lemak.

Emak Naim menghantar nasi lemak tu tepat dah nak rehat. Alhamdulillah, dapatlah anak-anak 4 Mutiara menikmati rehat dengan makan nasi lemak special ni.

Nasi lemak ni memang idaman 4 Mutiara tau. Maklumlah emm...emm memang sedap dan real nasi lemak. Nasi lemak dibungkus dalam daun pisang lagi tu yang buat nasi lemak ni begitu diidamkan oleh anak-anak ini. moga dimurahkan rezeki dan diberkati ibu bapa Naim !


  
Cikgu Jehan pula dapat 10 bungkus mee siam. Mee siam ni sememangnya kegemaran cikgu. Kenapa 10 bungkus ya, banyak tu? sebabnya cikgu jehan ada ramai anak. Itulah beruntungnya orang ramai anak, murah rezekinya. 




Lihatlah reaksi anak-anak 4 Mutiara ni dapat nasi lemak special percuma. Gembira tak terkata. Apa yang boleh mereka ucapkan kepada Naim dan keluarganya hanyalah " Terima kasih Naim dan Selamat Berpuasa!"





Happy kan wajah mereka. Beruntunglah orang yang murah hatinya dan ikhlas kerana berkongsi rezeki dengan kami...Terimalah  pantun dua kerat daripada kami.


Orang berbudi kita berbahasa,
Orang memberi kita merasa.





0 comments:

Catat Ulasan