Selamat Hari jadi kepada dua orang anak-anak Cikgu Jehan.Lagu hari jadi daripada nyanyian Upin dan Ipin serta kawan-kawannya ini Cikgu Jehan tujukan khas buat Amirul Haziq Hamdan yang lahir pada 7 Julai dan Maryam Afifah pada 8 Julai. Oleh itu genaplah usia mereka berdua ini 10 tahun.
Ini dia birthday girl dan birthday boy
Rakan-rakan menyanyikan lagu selamat hari lahir
Sempat jugalah kawan-kawan sekelas menyanyikan lagu selamat hari jadi kepada mereka berdua. Tersenyum malulah 'birthday boy' dan 'birthday girl'kerana tak sangkakan. Maryam sempat juga bawa buah tangan kepada kawan-kawan sekelasnya. Terima kasih Maryam! Pagi tadi tamat nyanyian lagu tersebut, Maryam pun membahagi-bahagikan buah tangan hari lahirnya kepada kawan-kawan.
Maryam memberi buah tangan kepada rakan-rakannya
Cikgu Jehan mendoakan Amirul Haziq dan Maryam Afifah menjadi anak yang soleh dan solehah serta berjaya dengan cemerlang di dunia dan akhirat...amin...
Bertepatan pada hari Sabtu 2 Julai 2011, murid-murid SK Tunku Mahmood 1, Kluang telah berjaya menjayakan larian 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia. Mereka semua berkumpul di dataran kejat sebelum memulakan larian.
Murid-murid kelas Tahun 4 Mutiara boleh dikatakan hampir semua pelajarnya hadir pada hari tersebut. Nampaknya bersemangat betul anak-anak Cikgu Jehan menyokong saranan KPMalaysia tu. Dapatlah merekamengayakan baju sukan yang baru dapat tu. Siap ada nombor di dada mereka.
Murid-murid kelas Tahun 4 Mutiara ni bukan sahaja pandai dalam kurikulum tapi aktif dalam kokurikulum. Ada ramai 'star' sukan dalam kelas ini. Diharap mereka terus aktif ya! Ada bakal ratu boling dan ratu padang balapan dan raja balapan. Tahniah teruskan kegigihan anda!
Sabar menunggu dengan ceria untuk berlari
Murid-murid berkumpul di dataran kejat sebelum berlari
Murid-murid tahun 4 ini berlari selepas murid tahun 6 dan tahun 5. Boleh dikatakan agak jauh juga murid-murid ini berlari sampai ada yang tercungap-cungap di tengah larian mereka.Ada yang berlari bersungguh-sungguhmacam pelari negara lagaknya.
Larian ala pelari kebangsaan
Aniq dan Irfan boleh senyum walaupun penat
Syabas, anak-anak 4 Mutiara! Ini kerana semangat kental mereka menamatkan larian ini dengan jayanya. Tahniah, Azri Shariff dan Adib Syahmi Suhaimi kerana berjaya meraih tempat pertama dan kedua. Teruskan kejayaan anda itu.
Juara dan naib juara bagi Tahun 4
Acara ini tamat tepat pukul 9.00 pagi. Murid-murid dan guru-guru dapatlah bersarapan selepas acara itu tamat. Maju sukan untuk negara...
Reaksi anak-anak memang tak terduga oleh kita. Inilah reaksi anak-anak 4 Mutiara ketika dapat baju sukan tempoh hari. Riuh betul kelas tu dibuatnya. Semuanya nampak gembira dan ceria. Ada yang sampai bersorak apabila guru kelas memberitahu nak bagi baju sukan.
Rupa-rupanya baju sukan ini memang telah menjadi idaman mereka semua. Ha, apabila dah dapat baju sukan ni maka banyaklah soalan yang dilontarkan.
"Cikgu Jehan, bila kita sukan ya?" kata penolong ketua darjah, Nureen Solehah bte Hisham yang sememangnya seorang murid yang sangat riuh dan cergas.
"Cikgu Jehan, nanti waktu PJ boleh lah kita pakai baju ni ek!" kata murid yang agak sihat badannya. Itulah dia Fauzan Haziq yang memang suka PJ budak lelakilah katakan.
Memang penat juga kadang-kadang nak jawab soalan-soalan anak-anakku ini akan tetapi jawab jugalah...supaya mereka dapat perhatian dengan menjawab soalan-soalan cepu mas daripada mereka ini.
Alhamdulillah semuanya dapat baju yang memang sepadan dengan badan mereka semua. Pendek kata semua anak-anakku ini berpuas hati dengan corak dan saiz baju sukan mereka.Eem..eem..eemmm seronok juga melihat mereka senyum riang kerana puas hati.
Okeylah anak-anakku 4 Mutiara, baju sukan tu pakailah waktu subjek PJ nanti. Kalau kita nak tunggu sukan tahunan lambat lagi kerana selalunya bulan Oktober nanti. Ha, larian 1 Murid 1 Sukan dan 1 Malaysia pada 2 Julai nanti boleh melaram dengan baju sukan baru tu ya!
Baju sukan dah dapat...bila lagi nak sukan ya...KITA TUNGGU saja nanti...